Hari ni sepatutnya hari cuti. tetapi ada mesyuarat PIBG pula di sekolah pula. Kehadiran guru memanglah diwajibkan. Sepatutnya aku ditugaskan untuk ajk pendaftaran. Tapi kuminta seorang guru pelatih untuk menggantikanku. Iyelah, dalam keadaanku susah untuk datang awal. Sementelah pula nurseri tak dibuka hari ini. Anak buahku yang menguruskan anakku bila kuke sekolah. Tapi selepas itu dia akan pulang ke kampung satu family. Tentunya aku perlu pulang awal. Di sekolah, PIBG berjalan dengan lancar. Jam 11 sudah selesai bagi perbincangan usul. Jam 12, perlantikan ajk baru. 12.30 aku belanja dulu di kedai frozen.Lepas tu ambil baby Am. Nampaknya baby Am masih lagi berak2 dan merah melecet punggungnya. Kesiannya kulihat. Terutama bila selepas minum susu, dia berak dan menjerit kesakitan bila dicuci dan dipakaikan lampin. Segera aku bawa baby Am ke klinik dalam perjalanan pulang. Alhamdulillah tak tunggu lama, baby Am diperiksa dan doktor bagi ubat prebiotik, stegma dan ubat sapu. Harap anakku cepat sembuh.
Kemudian kami terus pulang. Dalam hati bimbang siapalah yang boleh aku minta untuk menemankanku malam ini pula. Tak pernah lagi sejak arwah tiada kami tinggal berdua saja.
Balik rumah macam biasa aku mengemas rumah, buang sampah, lap2, mengemas peti ais sambil melayan kerenah baby Am. Amhamdulillah baby Am tidur lena dan lama...sempat aku masak2 ikan bakartrengganu, dan sayur air kegemaran baby Am.
Petang itu aku dah kegelisahan.Anakbuahku katanya nak datang lambat jam 9. Segera kuminta datang lebih awal. Masa itu pula baby Am kencing merata....menangis lagi bila buang air besar...
Hampir habis maghrib barulah anak buahku datang...alhamdulillah...hampir saja aku tertinggal solat maghrib...mandi pun belum.
Malam aku mengemas fail2 arwah. esok lawyer nak datang. tukang buat langsir pun katanya nak datang ukur. Harap esok semua perancangan berjalan lancar. Aamiiim
No comments:
Post a Comment