Setelah 4 bulan 10 hari, lahirlah blog ini.
Lahirnya blog ini sebagai tempat untukku meluah rasa. Terkadang sukar benar bagiku meluah apa yang dirasa. Memang ada facebook. Namun manusia bila membaca apa yang kuluah, simpati dan pemahaman yang kudamba, namun sebaliknya aku pula yang ditohmah dan difitnah dengan pelbagai kata.Walhal biasalah dan normallah, bila seseorang baru kehilangan dia akan bersedih...apetah lagi tiada siapa tempat untuknya mengadu selain Allah.... Biarlah...Namun sampai bila?
Aku baru saja kehilangan suami.Suami yang amat2 kusayangi. Satu2nya orang yang amat kupercayai. Satu2nya orang tempatku meluah rasa. Rasa sayang, saya sedih, rasa gembira ....malah rasa marah. Sedangkan suamiku...sememangnya seorang yang amat2 penyabar denganku. Selama 17 tahun berkahwin, walau bagaimana pun yang kulakukan, walau apapun yang berlaku dalam hubungan kami berdua, dia tetap sabar dan menjadi suami yang amat memahami. Tidak tahulah bagaimana ingin kuceritakan betapa baiknya suamiku ini...apetah lagi dia adalah seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka. Sifatnya tidak suka mengata orang, suka membantu orang susah....bagiku sendiri, dalam keluarga dialah segala2nya...
Memang aku benar2 kehilangannya.
Tiap kali waktu pagi, kami biasanya sibuk bersiap2 untuk bekerja...biasanya arwah yang akan bangun dahulu. Dia mandi2 dahulu sebab aku akan temankan anak yang masih tidur. Selepas arwah pergi solat subuh berjemaah di surau berdekatan, barulah aku bersiap2 pula. Dan biasanya aku akan terus ke sekolah...sedangkan arwahlah yang akan menghantar anak ke nurseri yang berdekatan sebelum pergi bekerja.
Kadang2 arwah yang menghantar aku untuk ke sekolah. Terutama bila katanya nak guna kereta untuk beberapa urusan. Oleh sebab itulah tiap kali menaiki kereta, ada perasaan sayu yang kurasa....sayu sangat.Kerapkali airmataku jatuh berjurai2 sepanjang perjalanannku menaiki keretaku ke sekolah atau semasa pulang. Ya Allah...betapa sedihnya hatiku.
Rasa sedih ini, tak sama dengan rasa sedih sebelum2 ini....tak sama macam sedih bila melihat cerita2 korea....malah tak sama masa aku kehilangan ayah dahulu....amat2 lain. Kerana ia bercampur dengan macam2 rasa....sedih pilu rindu sayang pengharapan,,,,,sedihnya hingga menyucuk2 kalbu....hingga sesak rasanya...tidak boleh bernafas.
al fatihah buat almarhum suamiku....
No comments:
Post a Comment