Thursday, 4 April 2013
Belanja
Dah lama tak menulis di sini. Agak sibuk. Baby Am dah keluar wad. alhamdulillah dah sihat. Hari Jumaat lepas ada follow up dgn doktor specialist mata. alhamdulillah ok. Tapi sikit je cek dah kena bayar rm60. Sekarang ni terasa sangat yang duit cepat je habis. dlm akaun bank bila awal bulan dah kering. kena banyak berjimat ni. Hari Selasa lepas dah buat grill baru bahagian depan. grill stainless steel. Habis rm5700. Sebab keselamatan, terpaksalah pejam mata bayar semua tu. itupun ada rakan2 yang suruh pasang alarm atau cctv. haii...rasa tak mampu rasanya. duit khairat yg dapat tu dah habis guna bayar perbelanjaan kenduri arwah, kenduri akikah, belanja wad dan ubat baby am. duit ganjaran cuti rehat pula dah habis guna untuk renovate yg tak siap masa arwah meninggal, bayar hutang, betulkan tandas bocor dan juga grill. Duit gaji pula habis untuk bayar bil, belanja rumah, roadtax kereta, makan dan pakai, duit susu dan pampers. Semalam lantik wakalah peguam di pejabat mahkamah syariah. Alhamdulillah rasa hilang separuh beban untuk menguruskan harta pusaka arwah yang ditinggalkan.
Doaku tiap kali solat malam, semoga Allah mempermudahkan se gala urusanku dan berikanku kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini....amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment