Saturday, 6 April 2013

My birthday today...and I am lonely.

Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan rasa hatiku. Hari ini hari ulangtahun kelahiranku. Tapi birthday inilah birthday yang paling sunyi dan paling sedih kurasa. Aku tinggal sendiri dengan baby am sahaja. dan takde buat apa2. Dulu kalau arwah ada,pasti ada sesuatu yg kami buat. Kami akan jalan2, pergi makan, kadang2 arwah bagi hadiah...walaupun harijadi terakhirku bukanlah harijadi yang terbaik yg arwah boleh bagi, namun ianya juga satu kenangan sebab masa tu kami berada di kampung. Kami jalan2 dan membeli belah bersama. Beli baju baby Am. Masa tu aku juga minta agar arwah membelikan sebuah jam. tapi entah kenapa puas kupujuk, arwah tetap tak mahu membelikannya, walhal aku sudah ketiadaan jam tangan sebab jam dah lama rosak. Mungkin masa tu arwah merajuk sebab aku baru lepas menegurnya kerana asyik bermsg dan sibuk dengan aweknya saja dan kukatakan yang dia dah tak sayangkan aku dan baby am. Tapi memang dia langsung tak mahu belikan.Akhirnya aku membayarnya sendiri...alangkah kerasnya hatinya masa tu. Sedangkan arwah bukanlah tidak berduit.Setakat rm300 tu apelah sangat berbanding duitnya yg berlambak. Bahkan tak lama lepas arwah meninggal, aweknya bagitau yang arwah telah membelikannya seutas rantai kaki berharga rm600. sedangkan jam yang kuminta arwah beli cuma 300 lebih saja harganya. Memang sedih. Namun aku pasrah. Mungkin masa tu arwah masih marah. Aku tahu dan faham sangat. Arwah kalau tak dilayan, mmg akan sanggup berbuat demikian.Kalau dia sayang sgt kat seseorang dia akan sanggup buat apa saja, sbb aku pernah merasainya sepanjang hidup bersamanya...Hanya lately...sejak arwah ada awek dlm masa lebih kurang setahun...banyaklah yang berubah...semua apa yg kulakukan semuanya tak berkenan di hatinya. entahlah. Sebab itu walaupun kubenarkan dia berkahwin lagi, tapi aku pernah tarik balik kebenaran itu sebab kurasa arwah tidak akan dapat berlaku adil. sedangkan belum berkahwin arwah dah banyak melupakan isteri dan anaknya...nanti kalau ada isteri lain, lagilah kan. itu yang kukata padanya. Hinggalah dia merayu2...dan akhirnya aku kata...ikutlah bang, asalkan jangan berlaku curang...dan kalau nak sgt kahwin, kahwinla...jangan bagitau aku kerana aku tak sanggup kehilangannya...kehilangannya adalah suatu kepedihan yang teramat sangat. Namun 3 bulan sebelum hajat arwah nak berkahwin tercapai, arwah pergi buat selama2nya. Entah apelah takdir Allah mahukan dariku. Aku pun tak tahu samada ianya suatu yang baik untukku atau sebaliknya...aku tak tahu. Namun aku tahu apa yang Allah takdirkan dan tentukan, pastilah yang terbaik buat hamba-Nya...Namun pemergian arwah amat2 menyedihkan dan hampir kurasakan hidup ini kosong, tidak bermakna...Kalau aku diberi pilihan, rasanya aku akan memilih agar arwah hidup walaupun memadukan aku. Mungkin bermadu itu lebih baik...namun Allah lebih Mengetahui...Mungkin Dia tahu yang aku takkan sanggup dan takkan mampu menghadapi itu semua. Selepas arwah tiada, banyak sangat ujian yang kulalui. satu persatu. Entahlah. aku bukanlah seorang yang kuat untk menghadapi semua itu. hidupku terjejas, emosiku tak stabil, jiwaku kian parah... untuk bangkit semula aku perlukan kekuatan... Memang tak dinafikan, bila semua ujian-ujian itu melanda, aku kian hampir dengan Allah. Banyak masa kuhabiskan untuk-Nya. Itulah sumber kekuatanku. Moga aku kian tabah.

No comments:

Post a Comment