Friday, 5 April 2013
Mimpi
Sejak akhir2 ini senang nak mimpikan arwah. Masa baby Am kat wad, mimpikan arwah. Arwah tunjuk satu rumah besar. Luas. Tapi arwah tak kata pula rumah tu untuk kami berdua. tapi dia ada kata, ada rumah sebelah. memang kulihat besar juga. Arwah kata rumah tu rumah haram. kami berjalan beriringan. arwah macam gembira bertemu denganku. tapi tiba2 arwah cerita tentang seorang janda anak dua. arwah ada bagi duit untuk beli sesuatu. mula2 arwah ingat duit tu dah habis begitu saja...tapi arwah kata, mungkin dah beli dan janda tu nak bagi kat arwah. tapi mungkin dia tak boleh nak contact sebab dah berputus contact number. itulah kata2 akhir arwah. macam ada sesuatu yang arwah nak sampaikan padaku. takpelah insya-Allah kalau Allah mahu ianya terbongkar dan diketahui, ia akan terbongkar juga. Aku pun dah tak daya nak menyelidik semua itu.
Semalam pun aku mimpi lagi. Kali ni kami berdua bergurau senda. Aku kegelian bila arwah mengusikku tapi sebaliknya bila aku menggeletek arwah, arwah macam takde respon ape2....tapi yang peliknya masa tu dlm pemikiranku macam seolah2 arwah masih ada lagi. Hati ini gembira sangat. Walaupun arwah tak beri respon yang baik....emmm...entahla. takpela...sekurang2nya aku rasa gembira. Apepun semoga arwah bahagia di sana. Aaamiiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment