Wednesday 28 August 2013

Masih adakah jodoh untukku?

Tadi berbual2 dengan rakan2. tak terkata aku pabila ada rakan2 yang bertanya dan mengusikku untuk berkahwin semula...adakah hatiku telah bersedia menerima orang baru? Entahlah....sebenarnya aku pun masih keliru dengan diriku sendiri. Memang aku akui aku perlukan pendamping, teman dan juga orang yang dapat melindungi aku hingga aku rasa aman dan tenang. Aku perlukan orang yang boleh mendengar rasa hatiku, masalahku, dan cerita2ku...mungkin pada orang lain...ahh...luahkan saja pada rakan2. Namun aku lain...aku sebenarnya tidak suka ape yang kurasa itu dikongsi dan diketahui ramai...biarlah rahsia, dan aku rasa selesa selama ini. Sememangnya arwah suami seorang yang amat penyayang dan ambil berat serta pendengar yang terbaik. Kami bagaikan rakan baik. Segalanya kami kongsi bersama. Apebila arwah tiada, sememangnya aku rasa terkuntang kanting...rasa sungguh kehilangan. Namun untuk menggantikan tempat arwah bukanlah mudah. Lebih2 lagi sebagai wanita...bukanlah mudah. Aku tidak mahu suami yang baru ini, yang akan menjadi suamiku di akhirat nanti tidak sebaik atau lebih baik dari arwah. Itu saja yang kumahukan. Tentulah sukar mencari pengganti arwah yang lebih baik kerana sifat2 arwah sendiri sudah nadir dan amat sukar ditemui. Malah semasa arwah masih ada, betapa ramainya yang rasa iri atas perhubungan kami yang tersangat kamcing dan sehati sejiwa ini. Arwah seorang hafiz, hafaz al-Quran. Ilmunya tinggi. Amat penyabar, tak pernah meninggi suara kecuali sekali dua bila kemarahannya memuncak. Pada hitunganku marahnya boleh dikira di tangan sebelah sahaja sepanjang 17 tahun bersama...dan marahnya itu sememangnya bertempat. Marah tidak apetah lagi memukul. Amat manja, amat lembut tutur kata, dan kata2nya teratur. Suka berbelanja untuk isterinya (semasa masih sayangkanku), suka bersukan, suka bergaul dengan orang yang baik2 dan dikasihi orang2 yang lebih tua, dikasihi adik2nya, dihormati di kalangan ahli kariah dan kampungnya, tidak cerewet pada pakaian dan makanan, kecuali dari segi kebersihan, amat2 menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat, kuat beribadat, suka membantu rakan, suka bersedekah bagi orang yang susah dan memerlukan....Maka adakah lagi diluar sana insan calon suami yang sebegini. Pasti sukar. Mereka pula bukanlah terdiri daripada suami orang, atau orang yang mahu bercerai kerana masalah rumahtangga, atau duda yang telah bercerai, mereka juga bukanlah yang terlalu muda hingga boleh dipanggil anak.... Maka bukanlah mudah mencari calon suami yang baru.... Aku serahkan segalanya pada takdir Ilahi. Jika ada adalah jika tidak, kan kuteruskan saja hidup ini. Apetah lagi hidupku kini sudah kian tenang...sekarang ini aku telah mengambil seorang bibik...jadi amat2la senang hidupku kini....mungkin lebih senang berbanding semasa arwah masih ada...kerana bila pulang, aku sudah boleh berehat dan sempat berinternet pula, hatiku juga sudah tidak seperit semasa di hari2 terakhir arwah ada...tidaklah aku terlalu memendam rasa... Kini segalanya kupasrahkan pada Ilahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.