Wednesday 28 August 2013

Masih adakah jodoh untukku?

Tadi berbual2 dengan rakan2. tak terkata aku pabila ada rakan2 yang bertanya dan mengusikku untuk berkahwin semula...adakah hatiku telah bersedia menerima orang baru? Entahlah....sebenarnya aku pun masih keliru dengan diriku sendiri. Memang aku akui aku perlukan pendamping, teman dan juga orang yang dapat melindungi aku hingga aku rasa aman dan tenang. Aku perlukan orang yang boleh mendengar rasa hatiku, masalahku, dan cerita2ku...mungkin pada orang lain...ahh...luahkan saja pada rakan2. Namun aku lain...aku sebenarnya tidak suka ape yang kurasa itu dikongsi dan diketahui ramai...biarlah rahsia, dan aku rasa selesa selama ini. Sememangnya arwah suami seorang yang amat penyayang dan ambil berat serta pendengar yang terbaik. Kami bagaikan rakan baik. Segalanya kami kongsi bersama. Apebila arwah tiada, sememangnya aku rasa terkuntang kanting...rasa sungguh kehilangan. Namun untuk menggantikan tempat arwah bukanlah mudah. Lebih2 lagi sebagai wanita...bukanlah mudah. Aku tidak mahu suami yang baru ini, yang akan menjadi suamiku di akhirat nanti tidak sebaik atau lebih baik dari arwah. Itu saja yang kumahukan. Tentulah sukar mencari pengganti arwah yang lebih baik kerana sifat2 arwah sendiri sudah nadir dan amat sukar ditemui. Malah semasa arwah masih ada, betapa ramainya yang rasa iri atas perhubungan kami yang tersangat kamcing dan sehati sejiwa ini. Arwah seorang hafiz, hafaz al-Quran. Ilmunya tinggi. Amat penyabar, tak pernah meninggi suara kecuali sekali dua bila kemarahannya memuncak. Pada hitunganku marahnya boleh dikira di tangan sebelah sahaja sepanjang 17 tahun bersama...dan marahnya itu sememangnya bertempat. Marah tidak apetah lagi memukul. Amat manja, amat lembut tutur kata, dan kata2nya teratur. Suka berbelanja untuk isterinya (semasa masih sayangkanku), suka bersukan, suka bergaul dengan orang yang baik2 dan dikasihi orang2 yang lebih tua, dikasihi adik2nya, dihormati di kalangan ahli kariah dan kampungnya, tidak cerewet pada pakaian dan makanan, kecuali dari segi kebersihan, amat2 menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat, kuat beribadat, suka membantu rakan, suka bersedekah bagi orang yang susah dan memerlukan....Maka adakah lagi diluar sana insan calon suami yang sebegini. Pasti sukar. Mereka pula bukanlah terdiri daripada suami orang, atau orang yang mahu bercerai kerana masalah rumahtangga, atau duda yang telah bercerai, mereka juga bukanlah yang terlalu muda hingga boleh dipanggil anak.... Maka bukanlah mudah mencari calon suami yang baru.... Aku serahkan segalanya pada takdir Ilahi. Jika ada adalah jika tidak, kan kuteruskan saja hidup ini. Apetah lagi hidupku kini sudah kian tenang...sekarang ini aku telah mengambil seorang bibik...jadi amat2la senang hidupku kini....mungkin lebih senang berbanding semasa arwah masih ada...kerana bila pulang, aku sudah boleh berehat dan sempat berinternet pula, hatiku juga sudah tidak seperit semasa di hari2 terakhir arwah ada...tidaklah aku terlalu memendam rasa... Kini segalanya kupasrahkan pada Ilahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Friday 24 May 2013

hal harta di mahkamah

Salam semua, Dah lama tak menulis di sini. Banyak hal berlaku. Tak tahu nak tulis yang mana satu. Tapi sekarang ni alhamdulillah sedang menyelesaikan hal2 dan urusan harta peninggalan arwah. Hari Selasa lepas aku mengambil cuti tanpa rekod. Masa tu semua waris tinggal kat rumahku. Sibuk melayan mereka. Paginya ke Mahkamah tinggi Shah Alam, buat persetujuan dengan waris tentang harta sepencarian. Jadi hal rumah dan kereta, semua waris bersetuju memberi hak sebahagian drpd harta tersebut dan menyerahkannya kepadaku. Namun tanah tidak dianggap sebagai harta sepencarian. Pelik juga aku tentang apa yang dirancang oleh peguamku sendiri, kini bila dikira2 seolah2nya banyak harta sepencarian yang sewajarnya aku dapat, terlepas kepada waris yang lain. bila kutanya, katanya semua wang simpanan bukanlah harta sepencarian, semuanya hanya difaraidkan. Oleh kerana aku tiada anak, maka hampir keseluruhan harta simpanan arwah semuanya waris lain yang dapat. waris2 arwah pula bukanlah orang2 yang sanggup melepaskan hak mereka dengan mudah. maka akhirnya aku seolah2 terpaksa membayar mereka untuk mendapatkan kembali aset arwah. bila terpaksa membayar, hanya tinggal sedikit saja wang yg kudapat. sedangkan wang inilah yang aku boleh guna untuk keperluan mengurus dan menjaga anak angkatku. Kadangkala terselit juga rasa tidak puas hati. terutama apabila waris2 yang dpt ini masa arwah masih hidup, tak pernah pun kulihat membantu arwah dari segi kewangan. Bahkan masa aku berkahwin dulu, tak ada antara mereka yang memberi duit untuk kami membuat majlis perkahwinan di tempat arwah. sememangnya arwah anak yatim tiada berayah, emak pula berkahwin lain. kesian arwah, kakaknya yang dah berkahwin pun takda mahu memberi arwah wang untuk buat majlis masa tu. bila kahwin tiada sapa buat majlis terima menantu. hanya arwah ayahku saja, yang buat majlis kat tempat kami. Masa itu kami dah kahwin di luar negeri, bila balik, arwah ayah suruh juga buat majlis walaupun masa tu kami tak ada duit langsung dan gaji pertama pun tertunggak lima bulan. bayangkan apa perasaan kami, bhingga la sekarang pun, tak pernah kulihat arwah dibantu, malah sebaliknya pula arwah yang banyak membantu adik beradiknya. Kalau kami datang ke rumah mereka pun, setelah melalui jalan yang jauh dari kl ke trengganu hampir 8 jam lamanya, bila sampai rumah mereka kadang tiada apa yang boleh dimakan. hingga kami terpaksa keluar dan cari makan sendiri. Sedih kan. sedangkan kakaknya itu bukanlah miskin. Ada rumah besar sebuah, kereta ada lima buah, suami kerja orang besar....memang mewah, tapi langsung seperti tak ada rasa sayang kat kami. entahlah aku pun rasa hairan. Moga suatu hari nanti Allah menunjukkan jalan dan pengajaran untuknya. Arwah pula pada masa hayatnya seorang yang amat berjimat cermat. Hingga banyak perkara yg kadang akulah yang keluarkan duit. Rasa sayang pula, sebab rupanya arwah byk menyimpan. Duitnya tak byk digunakan. Dan semua itu seperuhnya kakaknya yang tak pernah membantu itu yang dapat. Kan kalau masa hidupnya arwah guna duit tu, bolehlah aku betulkan rumah ini secepat mungkin. Aku memang tak tahu langsung arwah ada wang sebanyak itu. Jika tahu dah lama aku minta untuk baiki rumah yang dah bocor sana bocor sini tu dibaiki, tak perlu tunggu aku simpan duit baru buat. Arwah oun tak pernah nak bagi duit tu, sebab katanya rumah i rumahku, akulah yang sewajarnya bayar semua tu....sedangkan bila kufikir2 patutnya arwah wajib mengeluarkan nafkah tempat tinggal. sepatutnya dia boleh memberi duit elaun rumahnya untukku. Rasa sanyatla ruginya. sedangkan kalau wang itu diguna, dah lama rumah yang kami duduk tu habis dibayar, tak perlu berhutang. Aku pun tak faham kenapa arwah simpan duit yang banyak tapitidak melangsaikan hutang yang ada. sedangkan arwah pasti lebih tahu, itulah yang dituntut.

Saturday 27 April 2013

sibuk

minggu ini minggu yang agak sibuk juga. hampir setiap hari balik lewat hingga lebih jam 5. ada koko setiap rabu dan khamis. hari isnin selasa pula kena siapkan soalan, tanda buku, habiskan silibus. tapi harapnya minggu depan aku boleh relax sedikit, bila pelajar dah mula exam. cuma harapnya aku dapat berpuasa nanti. nazar satu hari. qada' tak ingat. tapi rasanya macam penuh je puasa tahun lepas sebab masa tu takde period. hampir lima bulan tak dtg period masa tu, mungkin sbb aku mengambil ubat untuk menyusu baby. masa tu arwah dah gembira sangat, sbb sangkanya aku mengandung. tapi aku kata taklah. tapi entahlah, kenapalah aku tak kata je...abang, kalau betul mengamdung, abang tak mau kawin lagi ke?....kan soalan cepu emas tu...emm...tapi kutahu kalau tanya ke tak tanya, sama saja...abang akan kawin juga. sebab tu aku malas nak tanya. biasanya semua pertanyaan dan perasaan yang ku rasa kupendamkan saja. kerana pada benakku, sama sahaja... beberapa harini dan dua kali aku bermimpikan arwah. yang terakhir, hampir2 saja kurasakan macam betul, sebab aku sempat kata....kan bagus macam ni bang, abang balik semula tak jadi pergi...malah aku rasa memang arwah balik. masa tu arwah berbaring. aku bersimpuh di sebelah bahagian wajahnya yang hansome tu. dia pakai baju berbunga2. tapi tak berkata ape, hanya aku bermain dengan wajahnya sambil mencium pipinya, rasa bahaaagiaaa sangat. rasa hilang perasaan rinduku...namun sekejap sangat kurasa. arwah tak kata apa2. entah macamana aku terjaga.namun semua itu teramat bahagia kurasa.

Redha Mu ku pinta

dah lama tak tulis ape2 di sini. minggu lepas tiba2 kena balik kg sebab tok meninggal. memang dah lama sangat tok terbaring sakit. sebelum arwah suamiku meninggal, memang tok mak yang jaga. kesian juga mak. tapi bila aku dah keseorangan mak datang dan temankan aku...hinggalah habis iddah. masa itulah tok dijaga oleh makcikku yang sememangnya tinggal bersama tok semasa hidupnya. alhamdulillah tok pergi dengan tenang. walaupun tak sempat menatap kali terakhir, kudoakan tok berada bersama2 kalangan orang yang beriman. sebagai tok imam, tok sememangnya disegani ramai. namun usianya amat panjang menjangkau seratus tahun dan bila tok sakit, macam2 kata yang tak sedap didengar. apepun aku anggap itu semua dugaan dan ujian tok sebelum pergi meninggalkan kami semua. apepun dalam usianya yang lanjut itu, tok masih kuat ingatannya. Bila sampai waktu solat, toklah yang mengejutkan kami. hinggalah beberapa bulan ini, ingatan tok mula terganggu. dia sempat meminta maaf dengan semua. Emm...dalam pada itu, aku kerap terfikir...bagaimanakah pengakhiran aku. Sudah ramai orang terdekat denganku yang pergi. Walaupun mereka semuanya adalah insan terbaik pada pandanganku, namun perginya mereka tak sama...ada yang tiba2...ada yang sakit sekejap namun tak sempat berkata apa2...ada yang sakit terlantar lama, hingga menimbulkan fitnah. entahla. itu semua kerja tuhan. Allah yang menentukan bila dan masa mereka pergi. Namun harapan dan doaku biarlah perginya aku nanti dalam keadaan yang husnul khatimah, tidak di dalam keaiban, sempat menebus segala dosa2, sempat meminta maaf serta melafaz syahadah, tidak terlalu seksa berdepan dengan sakarat. Semoga aku diampunkan dan dipermudahkan. Sesungguhnya aku banyak dosa. Banyak salah. Ampunilah aku Ya Allah.

Sunday 14 April 2013

hari ini.

pagi tadi beramai2 di tepi tasik. baby am seronoksangat. walaupun dah waktu tidur, baby am main dengan kakak dan abang yang ada. aku berbual2 dengan mak2. alhamdulillah oklah juga. taklah boring duduk sorang. masing2 bawa potluck. aku bawa gorengan sahaja. kebetulan gas pun dah habis. tengahri dlm jam 12 kami berangkat pulang. sebelum balik rumah aku pergi basuh kereta. lepas tu order gas, tapi dia kata dia ambil yang biru merah je. emmm...tak pasti pula yg rumah gas apa. balik rumah, aku kemas rumah pula.

Saturday 13 April 2013

Diary seminggu

Hari ahad tengahari aku ke rumah adik, lebih ramai meriah sdikit ku rasa. Petangnya anak2 buahku datang menyambut birthdayku dgn sebiji kek. Isnin kerja seperti biasa. Selasa kerja seperti biasa. Rabu balik lambat kerada ada dua aktiviti persatuan. balik rumah jam 6. Khamis pun sama ada aktiviti permainan pula. Balik jam 3.00. Kemudian balik secepat mungkin sebab tukang cuci dtg bersih rumah dari jam 2 hingga jam 4. Jumaat kemudian ke mahkamah untuk urusan harta sepencarian dan faraid. jam 5 baru balik. Sabtu harini aku berbirthday pula utk kakakku. Makan dan beli baju n tudung.

Bila sendiri...inilah yang kufikirkan

Bila sendiri, aku sememangnya teringatkan arwah. Rasa terkilan pun amat kurasai. Aku terkilan kerana pada akhir2 usia arwah aku kerap menjauhkan diri, aku banyak memendam rasa, aku kerap menyibukkan diri drpd bergurau senda dgn arwah, aku kerap menghabiskan masa dgn anak, aku membiarkan arwah byk bersendiri untuk menyiapkan kerjanya, aku membiarkan arwah study hingga malam, terkadang dia akan tidur sendiri di bawah, tanpa kusedari kerana katanya penat study...walaupun ada rasa dlm hati, pasti arwah sedang berchatting malam2 dgn aweknya, tapi aku biarkan sahaja... Makan pakai arwah pun tidak dapat kusediakan...terutama apabila dapur dan rumah sedang direnovate...baju pun biasanya arwah akan gosok sendiri. Pernah arwah memintaku memicitnya, aku memicitnya tetapi sekejap saja ...bila arwah marah2 dan kata dia tak rasa, aku pun merajuk...arwah pula tak pernahlah cuba memujuk...itulah yang aku rasa terkilan juga... Aku pasti kalau dengan aweknya pasti arwah akan cepat2 pujuk. Tapi denganku takdenyela arwah nak pujuk,biasanya akulah sendiri akan merawat hatiku sendiri... Apepun bayak perkara yg aku rasa terkilan. Kenapalah tidak aku letepikan perasaan rajukku drpd meresapi diri. kenapalah aku tidak sediakan saja makan pakai arwah, sebagaimana sebelum2 ini... kenapalah aku tidak luahkan saja perasaan sebenar aku, bila cinta arwah berpaling arah. kenapalah tidak aku bertanya betul2 kemana arwah pergi semasa outstation itu... kenapalah tidak aku layan dan bergurau senda dgn arwah spt biasa... kenapalah aku tidak ikut bila arwah pergi berbelanja glosary. kenapalah tidak aku halang arwah drpd pergi outstation sedangkan masa tu hatiku dah ada rasa lain macam. Terkadang aku menilai diri. Layakkah aku dikategori sebagai isteri yang baik dan solehah? Selama lebih belasan tahun, kuraskan yang aku ada ciri2 itu...namun dlm setahun semuanya iti hampir musnah bila masa dabn membaraskan.Rasanya tidak...namun ku juga takut api neraka, oleh itu aku kerap meminta a mpun

Saturday 6 April 2013

My birthday today...and I am lonely.

Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan rasa hatiku. Hari ini hari ulangtahun kelahiranku. Tapi birthday inilah birthday yang paling sunyi dan paling sedih kurasa. Aku tinggal sendiri dengan baby am sahaja. dan takde buat apa2. Dulu kalau arwah ada,pasti ada sesuatu yg kami buat. Kami akan jalan2, pergi makan, kadang2 arwah bagi hadiah...walaupun harijadi terakhirku bukanlah harijadi yang terbaik yg arwah boleh bagi, namun ianya juga satu kenangan sebab masa tu kami berada di kampung. Kami jalan2 dan membeli belah bersama. Beli baju baby Am. Masa tu aku juga minta agar arwah membelikan sebuah jam. tapi entah kenapa puas kupujuk, arwah tetap tak mahu membelikannya, walhal aku sudah ketiadaan jam tangan sebab jam dah lama rosak. Mungkin masa tu arwah merajuk sebab aku baru lepas menegurnya kerana asyik bermsg dan sibuk dengan aweknya saja dan kukatakan yang dia dah tak sayangkan aku dan baby am. Tapi memang dia langsung tak mahu belikan.Akhirnya aku membayarnya sendiri...alangkah kerasnya hatinya masa tu. Sedangkan arwah bukanlah tidak berduit.Setakat rm300 tu apelah sangat berbanding duitnya yg berlambak. Bahkan tak lama lepas arwah meninggal, aweknya bagitau yang arwah telah membelikannya seutas rantai kaki berharga rm600. sedangkan jam yang kuminta arwah beli cuma 300 lebih saja harganya. Memang sedih. Namun aku pasrah. Mungkin masa tu arwah masih marah. Aku tahu dan faham sangat. Arwah kalau tak dilayan, mmg akan sanggup berbuat demikian.Kalau dia sayang sgt kat seseorang dia akan sanggup buat apa saja, sbb aku pernah merasainya sepanjang hidup bersamanya...Hanya lately...sejak arwah ada awek dlm masa lebih kurang setahun...banyaklah yang berubah...semua apa yg kulakukan semuanya tak berkenan di hatinya. entahlah. Sebab itu walaupun kubenarkan dia berkahwin lagi, tapi aku pernah tarik balik kebenaran itu sebab kurasa arwah tidak akan dapat berlaku adil. sedangkan belum berkahwin arwah dah banyak melupakan isteri dan anaknya...nanti kalau ada isteri lain, lagilah kan. itu yang kukata padanya. Hinggalah dia merayu2...dan akhirnya aku kata...ikutlah bang, asalkan jangan berlaku curang...dan kalau nak sgt kahwin, kahwinla...jangan bagitau aku kerana aku tak sanggup kehilangannya...kehilangannya adalah suatu kepedihan yang teramat sangat. Namun 3 bulan sebelum hajat arwah nak berkahwin tercapai, arwah pergi buat selama2nya. Entah apelah takdir Allah mahukan dariku. Aku pun tak tahu samada ianya suatu yang baik untukku atau sebaliknya...aku tak tahu. Namun aku tahu apa yang Allah takdirkan dan tentukan, pastilah yang terbaik buat hamba-Nya...Namun pemergian arwah amat2 menyedihkan dan hampir kurasakan hidup ini kosong, tidak bermakna...Kalau aku diberi pilihan, rasanya aku akan memilih agar arwah hidup walaupun memadukan aku. Mungkin bermadu itu lebih baik...namun Allah lebih Mengetahui...Mungkin Dia tahu yang aku takkan sanggup dan takkan mampu menghadapi itu semua. Selepas arwah tiada, banyak sangat ujian yang kulalui. satu persatu. Entahlah. aku bukanlah seorang yang kuat untk menghadapi semua itu. hidupku terjejas, emosiku tak stabil, jiwaku kian parah... untuk bangkit semula aku perlukan kekuatan... Memang tak dinafikan, bila semua ujian-ujian itu melanda, aku kian hampir dengan Allah. Banyak masa kuhabiskan untuk-Nya. Itulah sumber kekuatanku. Moga aku kian tabah.

Friday 5 April 2013

Sunyi

Sunyi sangat...teramat sunyi. Jalan-jalan meronda blog.

tiada komen

aku tak tahu ada sesiapa yang tahu tentang blogku...entah public atau tidak...sebab tiada siapa yang meninggalkan jejak. aku akan terus menulis...tapi harapnya apa yang kutulis tak terlajak kiranya. inilah kisahku.

Mimpi

Sejak akhir2 ini senang nak mimpikan arwah. Masa baby Am kat wad, mimpikan arwah. Arwah tunjuk satu rumah besar. Luas. Tapi arwah tak kata pula rumah tu untuk kami berdua. tapi dia ada kata, ada rumah sebelah. memang kulihat besar juga. Arwah kata rumah tu rumah haram. kami berjalan beriringan. arwah macam gembira bertemu denganku. tapi tiba2 arwah cerita tentang seorang janda anak dua. arwah ada bagi duit untuk beli sesuatu. mula2 arwah ingat duit tu dah habis begitu saja...tapi arwah kata, mungkin dah beli dan janda tu nak bagi kat arwah. tapi mungkin dia tak boleh nak contact sebab dah berputus contact number. itulah kata2 akhir arwah. macam ada sesuatu yang arwah nak sampaikan padaku. takpelah insya-Allah kalau Allah mahu ianya terbongkar dan diketahui, ia akan terbongkar juga. Aku pun dah tak daya nak menyelidik semua itu. Semalam pun aku mimpi lagi. Kali ni kami berdua bergurau senda. Aku kegelian bila arwah mengusikku tapi sebaliknya bila aku menggeletek arwah, arwah macam takde respon ape2....tapi yang peliknya masa tu dlm pemikiranku macam seolah2 arwah masih ada lagi. Hati ini gembira sangat. Walaupun arwah tak beri respon yang baik....emmm...entahla. takpela...sekurang2nya aku rasa gembira. Apepun semoga arwah bahagia di sana. Aaamiiin

Thursday 4 April 2013

Belanja

Dah lama tak menulis di sini. Agak sibuk. Baby Am dah keluar wad. alhamdulillah dah sihat. Hari Jumaat lepas ada follow up dgn doktor specialist mata. alhamdulillah ok. Tapi sikit je cek dah kena bayar rm60. Sekarang ni terasa sangat yang duit cepat je habis. dlm akaun bank bila awal bulan dah kering. kena banyak berjimat ni. Hari Selasa lepas dah buat grill baru bahagian depan. grill stainless steel. Habis rm5700. Sebab keselamatan, terpaksalah pejam mata bayar semua tu. itupun ada rakan2 yang suruh pasang alarm atau cctv. haii...rasa tak mampu rasanya. duit khairat yg dapat tu dah habis guna bayar perbelanjaan kenduri arwah, kenduri akikah, belanja wad dan ubat baby am. duit ganjaran cuti rehat pula dah habis guna untuk renovate yg tak siap masa arwah meninggal, bayar hutang, betulkan tandas bocor dan juga grill. Duit gaji pula habis untuk bayar bil, belanja rumah, roadtax kereta, makan dan pakai, duit susu dan pampers. Semalam lantik wakalah peguam di pejabat mahkamah syariah. Alhamdulillah rasa hilang separuh beban untuk menguruskan harta pusaka arwah yang ditinggalkan. Doaku tiap kali solat malam, semoga Allah mempermudahkan se gala urusanku dan berikanku kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini....amin

Saturday 23 March 2013

hari ahad

Dah tiga hari baby am ar warded. Kesian dia. Bila diberi Ubat asyik menjerit. Habis satu ward dengar. Smlm tghari, Ammar dibawa ke pakar okla mata. Alhmdulillah katanya cuma viral je. Dia bg Ubat titis bius n dibersihkn selaput yg ada. Nmpk makn ok. Dia bg tambh Ubat krim n antibiotik yg lbh kuat sbb yg skrg ni Xde kesan. Hrp okla lepas ni. Harini doktor check. Dah Boleh keluar.

Thursday 21 March 2013

warded @ hospital

Petang khamis baby am masuk wad. Tubuhnya dah xbermaya. Pucat. Bila ambil darah ada jangkitan kuman yg tintak ggi. Sbb tula dia Demam tak baik2. Siannya anakku. Harini jumaat aku ambil cuti lagi. Baby am kena drip. Siannya masa dia kena suntik. Takpela anakku. Moga cepat sihat. Ujian lagi untukku. Kalini, aku bersendirian. Sedih sgt. Dah puas menangis. Ya allah berikanku kekuatan.

hari khamis

Harini aku bersekolah. Tapi sekejap aje. Jam 10 lebih dah balik sebab bimbangkan baby Am. Tapi bila balik aku pula migrain. berat sangat kepala ni. memang aku takde selera makan. tadi tak sarapan pun. kelas memang berderet.
sambil tu sempat ke kedai kunci. ingat dapat jumpa bosnya tapi tak sempat pula. betulkan kunci tapi kena tinggalkan dulu. tak lama tu dia call tapi aku pula sakit kepala. takpela, nantilah. lepas tu call orang grill nak tukar rod iron dengan stanless steel. mahal. 5700 untuk sliding door dan pintu utama...aduhai. apekan daya. oleh kerana yang ini penting sangat, jadi aku teruskan je bagi deposit 200. emm...taktahulah mahal ke murah. kalau kena tipu pun aku berserah ajela...tapi harap tidak.
lepas tu call adik, bincang tetang insuran arwah. tak sempat lagi nak bagi salinan dokumennya ke putrajaya. lepas tu dapat call dari kawan kat sekolah lain....alamak...hari ni keluar result spm rupanya...alhamdulillah takde kat sekolah...takutttt....
iyelah tahun lepas aku dalam keadaan kemurungan yang amat. duniaku rasa suram. rasa tak tahu nak buat apa. hingga kuakui aku terabaikan anak2 muridku masa tu...kesian mereka...namun ku harap result mereka baik dan bagus...allahu rabbi....bimbangnya...
oh ye. call juga ajen untuk bibik. harapnya dapatla...aku dah buntu...
ada beberapa penyelesaian yang aku boleh buat untuk mengatasi keadaanku yang tiba2 menjadi janda berhias dalam usia agak muda ini:
1-berkahwin lagi...tapi takkanlah secepat ini...lagipun masih adakah di luar sana yang sudi...
2-ajak atau sewakan bilik kepada student ke...
3- cari bibik...sebenarnya bimbang juga sbb macam2 keadaan dan masalah bibik ni terutama baru2 ni...tapi apekan daya...moga pilihan aku ini yang terbaik bagiku....amiiinnn.........

rabu

macam hari semalam. baby Am masih sakit lagi. meragam. aku masih bercuti lagi.
penat sangat harini. melayan aby Am yang tak mahu makan...meragam...berak2...tidur tak lena...asyik menangis.
teringat masa arwah masih ada. senang sedikit. tidaklah aku bimbang sangat. sebab semuanya kami share bersama. susah payah menjaga baby Am. kadang aku akan tanya mak kat kg kalau ada perkara hal budak2 yang tak kami ketahui. Arwah pula kalau hal sakit2 ni akan cepat saja pulang ke rumah. kadang aku sengaja minta arwah pulang cepat kalau berkenaan baby Am...kadang aku jadikan itu sebagai alasan untuk mendesak arwah balik awal sedikit. iyela...takkanla balik lewat saja...dahla tu bila malam kadang arwah akan bermain badminton. kadang 2 kali seminggu. sunyi juga kalau ditinggal malam2. kadang2 tu ada rasa syak jugak...mana tau arwah bukan pergi bermain tapi pergi tempat lain...emm...biasala orang perempuan mestilah ada paling kurang 1 persen tak percaya kat suami kan...
malam h ada menemani. malam ni mengantuk dan penat. awal2 aku dah tertidur kat ruang tamu sambil dodoi baby Am. Tapi rupanya dua tiga kali juga baby am berak2...kesiannya kulihat. baby Am dah tak larat. ubat doktor dah diberi tapi tetap panas juga badannya. harap esok semakin sihatla baby Am ye, sayang...aamiiinn...

Tuesday 19 March 2013

Petang Selasa

baby Am meragam aje. Letih sungguh harini. Ingatkan petang nak ke Putrajaya utk urusan insurans tapi keadaan baby Am menyebabkab semua urusan ku cancel. Tapi dlm pada tu sempat juga membersih halaman kat depan. kat depan ni kalau tak dibersihkan banyakla pasir2 yang tersangkut. bila ada pasir banyakla kucing2 berpesta buang najisnya betul2 kat depan tu...aduhai baunya...boleh pengsan. lagipun bila ada baby ni, kenala jaga kebersihan...semalam pun menyental tandas bawah tu...alhamdulillah dah bersih bersinar2...
Petang pula masa baby Am baru je tidur, terdengar pengumuman ada semburan aedes. Alahai nak kena keluarla pula...kesian baby Am...baru nak tidur...kesian jugak kat mamanya...baru je nak rehat...huhu...
Cepat2 mandi, solat...kemas2 barang, susu, lampin...terus angkut baby Am naik kereta keluar rumah...kalau tinggal kat dlm rumah boleh pengsan sesak nafas...pernah aku tak mahu keluar...memang terus rasa sesak dan sakit kepala macam nak muntah...so, dah tahu dah. tak boleh tinggal dlm rumah...kena keluar jugak walaupun nak dekat maghrib.
Oh ya sebelum keluar tu tiba2 dapat panggilan telefon dari klinik menyatakan result darah dah keluar...so terusla ke sana...berdebar2 rasanya.
Tapi bila sampai, harini ramaila pula...tunggula juga dlm setengah jam...baby Am pula meragam...aduhai asyik nangis aje...tapi tak lama aku dipanggil.
resultnya mengejutkan juga. Alhamdulillah tiada hepatitis B. tapi yang ada kemungkinan aku ada Talasemia trait...mungkin yang minor...sebab ada kelainan pada blood. kandungan iron pada darah kurang walaupun platelet ok. Satu lagi yang aku kena jaga ialah aku dah ada high blood pressure. 139 masa tu masa berpuasa. kemudian doktor ambil tekanan darah lagi...143 pula...dia kata tinggi. Kolestrol pun tinggi mencapai 7. Doktor suruh aku exercise, banyak rehat, jangan tertekan....
Aku rasa mungkin aku banyak tertekan akhir2 ini...tidur tak cukup...selalu terjaga tengah malam...kebimbangan akibat rumah masuk pencuri...teringatkan arwah selalu...aku selalu murung...kerja yang bertimbun di sekolah...tak dapat rehat walaupun balik rumah...takde masa tengok tv...takde masa untuk ke spa...fikir byk pasal rumah...pasal duit...pasal urusan arwah...urusan anak...dll...
Tentang makan pula, akhir2 ni aku langsung takde perasaan untuk makan...hanya makan nasi kosong, berlauk ikan goreng dan sayur air...itu je yang aku rasa selesa...yang mak masakkan.
Sekarang pun dah dua hari aku tak makan yang proper. Aku tak tahu yang kolesterol tu datang dari mana.
apepun semoga aku kian kuat.
Moga aku akan sembuh...kalau tidak pun, aku berharap ianya tak melarat.
doktor beri amaran agar aku jaga...bimbang boleh terkena stok katanya.
Iye...memang aku rasa kepala ni kerap berat.
Bahu berat.
Mata berpinar.
Semua satu badan penat.
Aku mahukan rehat.
Namun rehatkanlah aku dalam keadaan yang husnul khatimah.
Amin...

Hari selasa

Masih cuti lagi. Mata baby Am dah semakin ok. Tapi agak meragam. Asyik nak dukung saja. Tapi sempatlah masak mee mamak hari ni...alhamdulillah...hilang rasa rinduku untuk memasak...my favorite hobby. Dulu masa kat luar negeri, tiap hari masak...rasa jadi isteri yang amat sempurna sekali sebab dapat berbakti pada arwah.
hari ni nangis lagi bila tengok cerita bini2ku gangster...bila bini pertama melamar bini kedua...rasa sedih tiba2. Alangkah bahagianya arwah kalau sempat beristeri lagi...nampak wajahnya gembira...wlaupun wajahku mendung seribu...
apepun sudah suratan...jodoh arwah hanya denganku...

Hari Isnin...

Harini ambil cuti. baby Am sakit mata pula, selsema dan demam. Mulanya ingat cuma dapat dua hari saja, tapi doktor bagi cuti tiga hari. Sememangnya baby Am nampak lemah sangat. Bayangkan kalau orang dewasa, macamana la sakitnya. Demam, sakit mata, cirit birit, kelengkang melecet sakit, selsema....makan pun dah tak lalu. Kesiannya baby Am. malam tadi pun aku tidur2 ayam je. Demam baby Am tinggi.

Ya Allah sembuhkanlah baby Am.

Semasa pegi ke klinik aku sempat buat medical check-up untuk wanita. Bayar 180 termasuk 20 ringgit untuk pap smear dan jantung. Ada rasa bimbang pula dengan resultnya yang akan keluar 3 hari lagi. Sebab masa 2 tahun dulu, aku pernah ambil check darah di luar negeri dan doktor kata macam ada hepatitis B. Doktor suruh ulang check lagi tapi aku tak buat. Yelah masa tu yang aku ingat baru je lepas buat IVF. Tentu masih ada kesan ubat pada liverku...itu yang aku agak. Dalam pada tu aku bimbang juga jika benar2 ada. kata H, hepatitis B ni boleh berjangkit pada org lain terutama yang terdekat sbb boleh jangkit melalui air liur, darah dan bila bersama...ya Allah moga bukan akulah yang menyebabkan arwah pergi. Tapi H kata...apepun arwah memang dah sakit...mungkin takde kena mengena dgnku....harap2nya begitulah...dan aku harap result ujian darahku itu ok.

Hari ahad

hari Ahad. Hari cuti. Hanya aku, baby Am dan anak buahku Ar. Pagi sempat aku buat burger oblong. Baby Am masih buang2 air besar dan melecet punggungnya. Mungkin ambil masa utk baik...kena makan ubat dan sapu ubat calamine kat celah kelengkangnya. ubat sapu ni macam pekat sikit. agak sukar nak sapu kat kulit baby am yg lembut tu. tak tahan pula dengar baby Am menjerit2 sakit. kucuba ubat sapu Azzerra pula yang lebih moist. Nampaknya lebih ok. Petang jam 4, Ar dah balik rumahnya. Tinggallah kami berdua. Baby Am masih mcm tu juga. Cuma tidurnya tak terganggu. Hampir jam 7 baru sempat ambil anak buah H balik. Peguam dan tukang ukur langsir dua2 tak datang. Aku pun tak call mereka balik. Iyela, malas pula dalam keadaan baby Am yang tak sihat ni. Fikiranku agak buntu juga dan malas nak buat benda lain. Okla. Itula hari ahad kali ini.
Hari ni aku menangis lagi. Teringat kat arwah. Kalau hari Ahad macam ni biasanya kami akan pergi jalan sama2. Cuma akhir2 tu arwah macam tak semangat macam biasa. Macam ada memikirkan sesuatu...emm...mungkin pada awek2nya tu...emm...itu ajela yang membuatkan hati ini kadang terubat...terubat sebab tidaklah hati ini rindu sangat.Apepun, dalam sepanjang berbelas tahun arwah ada, arwah memang baik dan sanggup buat apa saja untukku. Baik sangat. Hingga nak kahwin lagi pun minta izinku...dan tanya apa ciri2 bakal madu yang aku mahu. Entahla...kesian juga kat arwah. Tak kesampaian hajatnya. Aku sebagai isteri sememangnya rasa sedih dan pilu bila dia kata nak kahwin lagi...tapi bila difikir2kan lagi...kesianku pada arwah tetap ada.
Abang, rindu sangat kat abang.

Saturday 16 March 2013

hari sabtu yang sibuk

Hari ni sepatutnya hari cuti. tetapi ada mesyuarat PIBG pula di sekolah pula. Kehadiran guru memanglah diwajibkan. Sepatutnya aku ditugaskan untuk ajk pendaftaran. Tapi kuminta seorang guru pelatih untuk menggantikanku. Iyelah, dalam keadaanku susah untuk datang awal. Sementelah pula nurseri tak dibuka hari ini. Anak buahku yang menguruskan anakku bila kuke sekolah. Tapi selepas itu dia akan pulang ke kampung satu family. Tentunya aku perlu pulang awal. Di sekolah, PIBG berjalan dengan lancar. Jam 11 sudah selesai bagi perbincangan usul. Jam 12, perlantikan ajk baru. 12.30 aku belanja dulu di kedai frozen.Lepas tu ambil baby Am. Nampaknya baby Am masih lagi berak2 dan merah melecet punggungnya. Kesiannya kulihat. Terutama bila selepas minum susu, dia berak dan menjerit kesakitan bila dicuci dan dipakaikan lampin. Segera aku bawa baby Am ke klinik dalam perjalanan pulang. Alhamdulillah tak tunggu lama, baby Am diperiksa dan doktor bagi ubat prebiotik, stegma dan ubat sapu. Harap anakku cepat sembuh.
Kemudian kami terus pulang. Dalam hati bimbang siapalah yang boleh aku minta untuk menemankanku malam ini pula. Tak pernah lagi sejak arwah tiada kami tinggal berdua saja.
Balik rumah macam biasa aku mengemas rumah, buang sampah, lap2, mengemas peti ais sambil melayan kerenah baby Am. Amhamdulillah baby Am tidur lena dan lama...sempat aku masak2 ikan bakartrengganu, dan sayur air kegemaran baby Am.
Petang itu aku dah kegelisahan.Anakbuahku katanya nak datang lambat jam 9. Segera kuminta datang lebih awal. Masa itu pula baby Am kencing merata....menangis lagi bila buang air besar...
Hampir habis maghrib barulah anak buahku datang...alhamdulillah...hampir saja aku tertinggal solat maghrib...mandi pun belum.
Malam aku mengemas fail2 arwah. esok lawyer nak datang. tukang buat langsir pun katanya nak datang ukur. Harap esok semua perancangan berjalan lancar. Aamiiim

Friday 15 March 2013

baby sakit

Baby Am meragam.
tak selesa, asyik minta didokong.
bila menyusu, asyik buang2 air besar.
punggung habis merah.
kesian baby Am.
dah sapu krim putih.
Moga cepat sembuh ye nak...aamiiin.

mendamba ketenangan abadi

Balik dari sekolah tadi rasa tak tahu mahu pergi ke mana. Tahu ada banyak yang perlu diselesaikan. tapi entahla...hati ini bagai mahu melupakan sesuatu...mahu menenangkan diri...mahu bersendiri. Rasa letih mahu tidur tapi tak rasa nak balik dan tidur di rumah. akhirnya aku mencari tempat parking dan tidur di dalam kereta sambil mendengar dj berceloteh yang entah ape pun ku tak endah kerna mengantuk yang amat sangat. jam dah hampir kul dua. lantas aku ke kedai membaiki kunci alarm. katanya dah rosak kena tukar baru...aduhai....duit lagi...
memang susah juga tak ada kunci alarm pagar spare. aku terpaksa berkongsi dengan anak buah. aku terpaksa mengambil darinya dulu sebelum pulang rumah. nak tinggal kat mana2 takut pula...emmm...
kat sekolah tadi pk jumpa.katanya permohonan ku untuk drop tugas guru tingkatan diluluskan. alhamdulillah....namun sukarnya nak beri tugas itu kepada orang lain. apetah lagi orang yang lebih tua dan lama dari kita. memang kena sembur la jugak...takper...aku dah bersedia...biar saja la. kalau orang atas dan pihak pengurusan sekolah meluluskan dan menerima masalah dan bebanan ku ini tentulah setelah mereka meneliti dan faham betapa beratnya tugasku.
Dalam keadaan fizikal dan mentalku yang tak stabil ini, tugas2 di sekolah sememangnya kurasa amat membebankan...berat tak tertanggung rasanya. Ada tugas2 yang aku buat2 tak reti...kerana dah tak larat menanggung semua itu...
Jika dahulu, jika ada sebarang masalah...mudah saja diselesaikan walaupun tak selesai...kerana abanglah jadi tempatku meluah perasaan. Dia akan menenangkan aku....dia akan bersama dengan ku...jika tidakpun paling kurang dia akan kata sabar sajalah...kerja dia sebagai pensyarah pun berat juga...takde kerja yang mudah katanya...
Bila begini, teringat semasa kami masih tinggal di oversea...
Teringat ketenangan...kebahagian...nyaman...relaxnya kami di sana...tidak rasa stress langsung...alhamdulillah...
Rindunya aku pada ketenangan dan kedamaian itu...
Rindunya aku untuk bersama abang sebagaimana dahulu...

ya Allah rindunya...sampaikan rinduku pada dia Ya Allah...alfatihah.

thing to do

Banyak perkara perlu diselesaikan. Satu persatu tapi tak tahu mana nak mula. Ada juga dah selesai. Tapi hati ini masih gelisah kerana banyak hal masih tak selesai.
semalam call lawyer. harapnya dia boleh membantu. dari hal pusaka, faraid dan pembahagian nanti. lepas tu nanti kena turun naik mahkamah. kalau ada lawyer kan lagi senang. bukan mudah nak buat sendiri semuanya. itupun sebahagian dah selesai. hal bank, card credit dah selesai. Ada juga yang tidak boleh dikeluarkan kerana tiada penama.
Semakin lambat diselesaikan takut juga. Bila pencuri masuk rumah dua minggu lepas, lagi la rasa tak selamat. Andainya masa tu pencuri jumpa kunci kereta arwah...nauuzubillah....lagila susah. alhamdulillah dah hidupkan insurance dan roadtax kereta arwah. kalau hilang, dah ada insuran ok la sedikit. tidaklah bimbang sangat...jika tidak manalah nak cari duit ganti untuk waris....alhamdulillah Allah melindungi.
Kini apa apa yang perlu diurus dah tak banyak.
Alhamdulillah hutang arwah semua dah dibayar. credit card terakhir 1633.00 dah bayar habis. kesian arwah. sebenarnya arwah bukanlah seorang yang suka berhutang.orang lain berhutang dengan arwah adalah. tapi masa akhir2 itu kami banyak beli barang. Aku kata, kalau bayar sikit2 tak la terasa sangat duit habis...padahal sebenarnya takde masalah bagi arwah nak bayar habis semuanya. cuma mungkin arwah ikut juga kataku sebab duit yang ada tu mungkin dia nak gunakan untuk buat majlis nanti.
Macam2 majlis yang kami rancang.
Majlis kesyukuran, majlis akikah dsb.
Kami sebenarnya menunggu arwah selesai studynya.
hampir saja selesai tinggal submit saja.
namun apa daya. sudah suratan.
tak tahula kalau ada rezeki aku kan cuba untuk sambung belajar.
tapi...emmm....entahla...
majlis akikah pun dah selesai alhamdulillah.
habis dalam 1500.

SETIAP HARI ADA SESUATU YANG BARU...

Anak buah kata, bagusla setiap hari ada saja pelajaran baru bagiku. daripada tak tahu memandu kereta suami, hinggala isi minyak sendiri. kelakar bila diingatkan. semalam isi minyak. pertama kalinya dalam hidupku. walaupun dah lama kereta itu kami pakai. bila nak isi minyak, tiba2 tak jumpa tempat untuk buka penutup minyak. sebaliknya enjin yang terbuka. baik juga seorang gentleman yang berdekatan membantu. itupun sebenarnya aku ingat dia adalah pekerja kat stesen minyak tu. aduhai malunyaaa...rasa...tapi betapa coolnya gentleman tu...langsung dia tak kata pape yang boleh memalukanku. emm...ok jugak, kan...susah nak cari orang cool macam tu...hehe...
Masa balik pula hujan lebat. Windscreen pula slow sangat.Sampai terpaksa bawa kereta perlahan2. Hampir tak nampak jalan. Dalam hati tak bolehke dipercepatkan. Cuba godek sana godek sini. Akhirnya dapat. Alhamdulillah....

Hidupku bagaikan bermula semula. Semua perlu dimulakan semula.

Tuesday 12 March 2013

akut 6inggal

Hujung minggu ini adik beradik semua datang untuk bertemu mak. Aku bersyukur selama aku menghadapi ujian getir ini mak sentiasa ada untuk aku. Adik beradik juga masing2 sudi membantu. Walaupun aku malu dan segan namun apa dayaku. aku tak mampu hidup dan menghadapi semua ini sendirian. sukar sebenarnya. Sukar sungguh hendak mengawal perasaanku. Hingga mak sendiri memahami apa yang kurasa.
Hari Ahad mak dah pergi dibawa adik pula. Adik dah hampir bersalin. Namun aku nekad sekarang. Walaupun hanya kami berdua saja yang tinggal, namun kami akan tetap menjaga rumah ini. Biarlah kupujuk perasaanku.
Namun alhamdulillah. Allah membantu dengan mengutuskan anak sedaraku yang baru saja pulang dari belajar dioversea. Apetah lagi dia belajar dlm medic, senangla aku.

uuhh...mengantuknyeee...

jam sudah kul 1 setengahn nalnooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooobilimygg0g                                                                                                                                                                                                                                                       yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Friday 8 March 2013

Ujian lagi...

Tiga hari aku tinggal di rumah kakakku. kusangka ia adalah pilihan terbaik kerana takut jika tinggal berdua saja aku rasa tidak selamat. rupanya bila aku balik rumah dengan ibuku, rumah dah penuh berselerak. semua barang2 termasuk yg di dalam stor, semua digeledah oleh pencuri. dalam hatiku tiba2 berdebar kencang, tubuhku rasa lemas....Ya Allah...ujian lagi...aku terus teringatkan handfon arwah yang kuletakkan dlm bilik utama...ya Allah benarlah ia hilang...sedih dan geram rasanya...dlm pada itu rasa sungguh ralat. kenapalah tidak kusembunyikan di mana2...memang salahku juga. masa aku keluar rumah hari itu, aku tidak berhati2 dan tutup semua pintu dengan baik. Entah kenapa aku terburu2 keluar rumah. Mungkin kerana kukira aku akan sesekali pulang melihat rumah...namun kerana kesibukan dan kepenatan aku tak dapat pulang selama tiga hari. Video came juga hilang....ya Allah tentu banyak gambar dan kenangan manis kami di dalam itu...terutama masa kamu melancong ke Mesir dan Istambul....Ya Allah rasa ralat sungguh.

Cuma dalam pada itu aku bersyukur banyak barangan berharga lain tak diambilnya...kereta arwah, laptop, barang elektrik...semua tak diambil. Mungkin pencuri itu hanya pencuri kecil2an...atau mat rempit atau mat gian yang ada peluang mencuri bila tuan rumah tiada. Pada mulanya kami sangka mereka masuk dari pintu depan...sebab mangga diletakkan di depan pintu dalam kasutku. Rupa2nya bila dilihat2...tukang rumah indon terjumpa grill yang dah di potong. walaupun rod iron, ia tetap mudah dilenturkan...

ya Allah...

entah mengapa kurasa malang sentiasa mengekoriku sejak akhir2 ini...

puas kuberdoa dan berharap...namun tetap aku diuji dan menerima musibah...

entahlah...

mungkin aku banyak dosa...

ampuni aku Ya Allah...

ampunkan daku...

Saturday 2 March 2013

rasaku yang tiada rasa

entahla...
hari ini cuti...
tiada rasa untuk berjalan2...
tiada rasa untuk berbual
tiada rasa untuk menonton tv...
rasa sepi.

dulu semasa abang ada, semasa kita masih berdua, kita selalu meluang masa bersama2...
pagi2 kita jalan2 tepi tasik...berjogging...abang berlari anak hingga boleh dua pusingan...aku hanya menapak perlahan sambil menikmati keindahan...bila abang dah selesai, abang masih kuat lagi...abang menemaniku pula...kita bual2 sambil berjalan menuju kereta. Bahagianya masa tu....walaupun kadang kita jealous juga pada pasangan yang membawa anak2...sebab kita takde anak lagi masa tu.

kemudian kita akan bersarapan...roti canai yang terkenal dgn kuahnya yang sedap disukai ramai. kedai makan ini agak tersorok, tapi kita suka makan di situ...kerana suasana kekampungannya.

kemudian itu kita akan pulang...ataupun kadang kita sempat ke pasar tani dahulu...membeli bahan basah dan sayuran segar. Abang memang sukakan sayuran. Abang kata senang nak lawas buang air besar. Iye kadang2 kita jadikan itu sebagai bahan lawak. "bau sulfur" kukata pada abang terutama bila dua hari atau lebih abang tak membuang...kelakar bila diingatkan. Sedangkan aku memang setiap kali makan akan membuang...abang kata macamana nak jadi zat semua buang...yang pelik badanku tetap maintain bulat...huhu...abang pula semakin hari kian kurus. Hingga banyak kali aku minta abang check doktor, buat check-up, ambil darah...abang kata ok.

Bila balik, aku akan masak lauk2 yang ada...rasa segar dan gembira bila dapat makan makanan yang segar dan dimasak sendiri...iyelah kalau hari kerja, hampir tiap hari makan lauk kedai.Kadang kalau ada kenduri kendara kita akan pergi sama2....seronoknya abang.




Pada tanggal 8 September tujuh belas tahun yang lalu kami disatukan. Tanpa adanya wakil daripada kedua2 pihak kami. Yang ada hanya restu mereka dan juga sahabat handai sebagai ganti. Kami disatukan tanpa rasa cinta sebelum kahwin. Tanpa ada hantaran. Tanpa ada pelamin gilang gemilang...apetah lagi berinai atau direnjis2 dipilis. Majlis kami sungguh ringkas. Hanya memberi makan rakan2 seperjuangan. Masa itu kami masih naif. Terutama aku sendiri. Segala2nya kuserahkan pada rakan2 untuk diuruskan.

Dan inilah yang kerap arwah sebut....

KITA BERKAHWIN BUKAN ATAS CINTA, BERILAH ABANG PELUANG MERASA CINTA

Abang, bukankah ini cinta yang isterimu beri abang...tidak tersentuhkah abang dengan cinta yang halal ini abang?

Namun, Yang pedihnya....

Bukanlah cinta yang abang mahu itu dariku....

Tapi dari wanita lain....malah berpuluh tahun lebih muda dariku...

Sememangnya realiti yang kita berkahwin bukan atas cinta, memang kuakui ia memedihkan hati ini...

Aku sangka abang tak kisah kalau cinta itu kita bina setelah berkahwin....sama seperti perkahwinan orang2 tua kita...sama seperti perkahwinan orang2 yang kuat agama....

Namun rupanya itulah yg menjadi alasan abang untuk mencari yang lain...selain untuk menambah zuriat.

Apekan dayaku...

Namun segalanya sudah berlalu...Abang pun sudah tiada. Aku hanya mengharapkan abang tenang di sana..
 


Setelah 4 bulan 10 hari, lahirlah blog ini.
Lahirnya blog ini sebagai tempat untukku meluah rasa. Terkadang sukar benar bagiku meluah apa yang dirasa. Memang ada facebook. Namun manusia bila membaca apa yang kuluah, simpati dan pemahaman yang kudamba, namun sebaliknya aku pula yang ditohmah dan difitnah dengan pelbagai kata.Walhal biasalah dan normallah, bila seseorang baru kehilangan dia akan bersedih...apetah lagi tiada siapa tempat untuknya mengadu selain Allah.... Biarlah...Namun sampai bila?
Aku baru saja kehilangan suami.Suami yang amat2 kusayangi. Satu2nya orang yang amat kupercayai. Satu2nya orang tempatku meluah rasa. Rasa sayang, saya sedih, rasa gembira ....malah rasa marah. Sedangkan suamiku...sememangnya seorang yang amat2 penyabar denganku. Selama 17 tahun berkahwin, walau bagaimana pun yang kulakukan, walau apapun yang berlaku dalam hubungan kami berdua, dia tetap sabar dan menjadi suami yang amat memahami. Tidak tahulah bagaimana ingin kuceritakan betapa baiknya suamiku ini...apetah lagi dia adalah seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka. Sifatnya tidak suka mengata orang, suka membantu orang susah....bagiku sendiri, dalam keluarga dialah segala2nya...
Memang aku benar2 kehilangannya.
Tiap kali waktu pagi, kami biasanya sibuk bersiap2 untuk bekerja...biasanya arwah yang akan bangun dahulu. Dia mandi2 dahulu sebab aku akan temankan anak yang masih tidur. Selepas arwah pergi solat subuh berjemaah di surau berdekatan, barulah aku bersiap2 pula. Dan biasanya aku akan terus ke sekolah...sedangkan arwahlah yang akan menghantar anak ke nurseri yang berdekatan sebelum pergi bekerja.
Kadang2 arwah yang menghantar aku untuk ke sekolah. Terutama bila katanya nak guna kereta untuk beberapa urusan. Oleh sebab itulah tiap kali menaiki kereta, ada perasaan sayu yang kurasa....sayu sangat.Kerapkali airmataku jatuh berjurai2 sepanjang perjalanannku  menaiki keretaku ke sekolah atau semasa pulang. Ya Allah...betapa sedihnya hatiku.

Rasa sedih ini, tak sama dengan rasa sedih sebelum2 ini....tak sama macam sedih bila melihat cerita2 korea....malah tak sama masa aku kehilangan ayah dahulu....amat2 lain. Kerana ia bercampur dengan macam2 rasa....sedih pilu rindu sayang pengharapan,,,,,sedihnya hingga menyucuk2 kalbu....hingga sesak rasanya...tidak boleh bernafas.

al fatihah buat almarhum suamiku....